Minggu lepas , Aku pulang ke rumah family. Tujuan aku satu jerk. Nak mengemas rumah. Lagi pun dah berkurun aku tak mengemas kat rumah tu. Tahu jerk lah , mom aku ader banyak pantang larang jika nak sentuh barang-barang dia. Betul lah , aku tak tipu. Mak aku , ada banyak " Jangan " n " Boleh " kat rumah tu.[ Tapi..seingat aku lah , ada banyak jangannya..dari yang boleh !! ]. Jadi aku pun .. malas lah nak tolong mengemas sangat-sangat , jika mom aku ada. Ye lah , kang benda yang aku kata sampah...Mak aku cakap - " Jangan buang !! Buleh pakai lagi tu ... ". Jadi ketika , mom aku pergi Hajj nieh. Inilah kesempatan untuk aku mengemas apa yang perlu.

Ok , apa yang aku nak citer kat sini .. ialah koleksi pasu nieh. Comel kan !!! . Seingat aku , dari aku kecik lagi . Pasu-pasu nieh dah ada dalam koleksi mom aku. Yang betul-betul buat aku teruja, bila tgk pasu nieh ialah. Ianya bukan sahaja berukir dan berhiasan cantik. Tapi saiz nya itu . Aku respek tul , pada siapa yang buat pasu-pasu nie. Mmg kreatif dan tekun tahap semutlah. Ermmmm , rasa-rasa koranglah...
Tahu tak berapa besar , pasu-pasu nieh semua ???